Monday, November 1, 2010

FFM23: Aku Ingat Aku Sorang Jer yang Komplen Pengacara: Sebuah KRITIKAN Tanpa Proksi...

Aku ingatkan aku sorang sahaja yang komplen (tak berhenti sepanjang program plak tu), tentang pengacara Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) yang baru berlalu 25 Okt, Ahad.

Kami tengok di rumah, thru RTM1 tapi pilih masa penyampaian anugerah sahaja, time persembahan memang tukar channel lain.

Secara keseluruhan tak tau nak komen apa, sebab kita ni bukan orang filem, tak banyak tahu tentang seni lakunan, tapi tetap tabik dan tahniah buat para pemenang, yg rata-rata ramai generasi muda. Paling menonjol tentulah Shamsul anak pengarah 6 juta Dato’ Yusuf Haslam, dan Pelakun Terbaik Bront Palare (lupa nama Melayu dia), dan Lisa Surihani – lawa dia malam tu berbaju hijau.

Pengacara FFM23? Best dan sering kagum dengan Sharifah Shahira yang selalu dapat peluang dan kepercayaan menjadi pengacara program besar, live dan berprestij. Dia memang bagus lah, selamba lawak, dan berjaya menceriakan suasana. Boh la dia dengan sapa pun, menjadi sahaja tetapi malam itu bila dia turut diganding bersama Hezri (RTM)... adoooiiii...!

Pertama kali nampak 3 pengacara tu muncul, uik...! Kenapa yang sorang lagi tu macam tak “blend” jer? ZIZAN Raja Lawak nampak lebih berjaya wpun ini penampilan pertama dia di majlis besar. Hezri (sekarang DJ KLfm) nampak kaku, (gementar kot) dan fake!

Sampai kita orang kata, “Kalau berdua jer Shira dan Zizan, dah ok apa...” Tapi seperti kata Shahira, wakil 3 stesen, so boh juga la sorang dari RTM.

Mula-mula aku takut nak tulis tentang isu ini kerana aku adalah sahabat radio KLfm (dah lama, masa tu Hezri pun belum jadi DJ sini lagi), sebab takut dilihat seperti menghentam peribadi DJ tersebut, tapi bila aku baca di KOSMO! bertarikh 28 Oktober 2010 Khamis, page 42 Hab, ruangan Marilyn Cantik, penulis ruangan itu si Marilyn sendiri menulis tajuk besar — ‘Hezrie Kurang Relevan’ – so nampaknya aku yang bukan wartawan pun tahu nak nilai di mana yang tak sedap mata memandang dan tak enak telinga mendengar...!

As IKA said, “Tak tau apa fungsi pengacara lagi sorang tu...”

Lupakan saja tentang apa kritikan teruk yang pernah DJ Hezri terima sepanjang sejak dia mula menjadi DJ KLfm (sekarang ada lagi tak?), malah pernah masuk paper juga, permah Mingguan Malaysia tulis, malah di ruangan web radio KLfm sendiri, oleh wartawan malah oleh para sahabat KLfm sendiri, terlalu banyak kritikan yang beliau terima. Kenapa? Ahaaa... aku tak mahu jawab, tapi kalu takda perubahan sekian lama, salah siapa?

Mingguan Malaysia 22 Mac 2009: Aku harap tekaan aku tidak tersasar...

*Dah lama tak dengar KLfm 97.2 sejak bertukar tempat kerja, kerana radio di sini sejak azali memang tune HotFm. So aku layan jer lah....

Tapi tetap tak leh lupa KLfm yang ada slot Kenangan Lalu setiap hari 5.00 petang–8 malam, sebab ada lagu-lagu kenangan lagi nostalgia malah boleh request lak tu dari DJ yang rajin layan para sahabat. Rindu pada sekian ramai DJ di sana yang baik budi...

Rindu pada lagu Ahmad Jais & Kartina Dahari: Budi Setahun Segunung Intan...
juga lagu Knife by Rockwell, paberet aku...
ermmm... lagu Che Mek Molek yg sering diminta oleh sahabat BLACK CANARY,
tak lupa Cinta Bandar Tasik Selatan yang mengingatkan kami kepada ABAH dan KAK ROS di BTS...

serta banyak lagi...



~...di situ sejarah bermula, di situ pertemuan tercipta selaras dengan kenangan yang sentiasa di tapak tangan, mana mungkin terlupa selagi bayangan wajah masih serupa, sebab itu SERI BULAN sentiasa mahu minta lagu Sejak Ku Bertemu (Pada Mu) by Sanisah Huri...~




24 comments:

  1. Salam Kak Azie yg hotzz!! =D

    kenal g tak? huhu lama ta singgah sini, best nak komen pasal FFM23 nie.. semuanya serba tak kena la kak saya tgk..

    Dari segi pengacara, saya sokong 100%.. hanya Syeera yang jadi pengacara malam tu.. host laki mmg "fake"!

    Pastu, pemenang pon agak mengejutkan.. bak kata Ahmad Idham, tak layak menang pon ada! haihh~ dah makin "bias" kot industri filem negara kite nie..

    yours
    SH

    ReplyDelete
  2. Salam Kak AA ...

    Tengok jugak, tapi ada part yang boring sampai boleh tertido depan TV ... hehehehehe. Ada part yang best, masa SS dengan Zizan buat lawak :)

    ReplyDelete
  3. SHAHRUL > Salam. Mestilah ingat awak yg kita jumpa kat FRIM masa Gathering dulu.
    Mana pigi lama tak nampak...

    Festival yg beri anugerah, ada yg menang ada yg tidak. So adatlah kan? Kalu komplen nanti orang kata kita jeles! hahahahaha tak koser!

    ReplyDelete
  4. ACIK MLMW > yang paling boring tentulah masa nyanyi-nyanyi... hehehehe takda satu pun yg buat kita teringat...

    ReplyDelete
  5. kak azie..

    ayu setuju..mula2 ingat hanya si sahira dan zizan jer.. siap ketawa tergelak2 layan anugerah tu

    bila pertengahan digandingkan dengan seorang pengacara...(tak kenal, kurang suka dengan cara penyampaiannya....)

    rupanya hezrie...memang tak sesuai digandingkan mereka bertiga....tak best,..

    ReplyDelete
  6. Saya ade je kak.. sekadar silent reader kat blog akak.. =D

    saya sebok ngan exam gak skang nie.. tggl 1 paper je gih.. hehehe doakan saya ye! =)

    keep it up posting kak!

    ReplyDelete
  7. AYU > Begitulah kalu buat sesuatu semata-mata nak penuhi syarat kuota tapi... malas nak sebut..Nanti orang ingat kita jeles plak..!



    SHAHRUL > Rata-rata semua IPTA/IPTS sedang exam sekarang ni. Semoga berjaya dengan cemerlang. 4 Flat tauuu..!

    ReplyDelete
  8. tak tgk anugerah tu..tapi banyak bc komen pasal nie...sian estet, dgr kata filem tu lebih layak. ntah la...

    ReplyDelete
  9. Insyaallah! =D masin and makbol lah dia akak.. aminn.. =D tq kak!

    ReplyDelete
  10. Azie, when you mentioned that fella's name, aku gelak. Why? Sebab dari dulu mamat ni syok sendiri. Seriously he has NO quality to be a presenter. Pernah aku TERtengok one program apa kejadah ntah kat rtm and he was hosting, and he was so bloody horrible. Tak tahu lah apa yang RTM nampak kat dia ni.

    Ohh it is RTM kan, so lantaklah. Hahahha

    ReplyDelete
  11. Memang dah berzaman tak dengar KLfm sejak tiadanya Zainal Din Zainal...

    ReplyDelete
  12. mamaaaaaaaaa kepada SAYAAA pernah berkata jangan amalkan minat bergossippppp lanti wajah berjerawat n lanti senyuman kitaaa worang lampak pudarr gituh <

    larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  13. ANA > Rumah siap pahat berbunyi. Tiap tahun pun begitu, seolah2 depa tak percaya juri plak.


    SHAHRUL > aminnnnnnnnnn....

    ReplyDelete
  14. HAZREY > gitulah kalu orang buat, kita pun nak buat jugakkkk.. Bagi I, yg tak boleh, kalu usaha sampai boleh mungkin boleh diterima. Tapi ada masa dan keadaan di mana, tak boleh pun nak paksa juga. Like bodoh sangat, U know...



    KHAYALKHAYAL > Selain Zainal Din, yang menjadi sebutan dulu adalah NORAMIN dan Kamal Hassan.

    ReplyDelete
  15. AMIN > Kirim salam sama MAMA ya. Lama tak dengar cerita.

    ReplyDelete
  16. salam kenal...
    lelax tengok pun hehehee kat sini chanel arab jek. tp bc gak le paper on9...mahappp x kenal pun hezrie... djjulia kenal le pasal mmg classmate

    ReplyDelete
  17. bab ini saya memang ketinggalan lah azie... memang tak tengok langsung, dan tak baca pun berita tentang hiburan ni... tapi, kesian gak kalau kena kritikan banyak2 cam ni bagi si deejay tu lah

    moga beliau terima sebagai sesuatu yang positif

    ReplyDelete
  18. LELORD > ohh sekelas dgn JULIA dulu ya? Lama dah Kak Azie tak dengar suara JULIA..


    CIKGU NORMAH > Tiada orang yang tak kena kritik, apatah lagi kalu terdedah kepada media.

    ReplyDelete
  19. dah lama acu tak suka dgn cara dia nie...bak kata Hazrey "syok sendiri"....terasa diri dia mcm bagus...dah banyak kali dah di tegur dalam paper tapi macam curah air ke daun keladi..tak de perubahan pun...sama je...

    ReplyDelete
  20. ACU > Akhirnya menjadi sebutan kerana tidak berubah ke arah yang lebih baik.
    Kak Azie tahu bagaimana keadaan bila kritik diberi dan tahu jelas bagaimana penerimaan beliau (berdasarkan semasa jadi sahabat KLfm dulu). Ntah bagaimana sekarang, sebab tiap kali dia duty on air, Kak Azie (dan ramai lagi) pasti tutup radio...!

    ReplyDelete
  21. Betul tu kak,kita rasa pun lebih baik shira ngan zizan je yang jadi pengacara malam tu.Kawan2 kat opis pun komplen kata hezri kurang ummpphh..mungkin dia sesuai jadi dj tapi tak sesuai sebagai pengacara.

    ReplyDelete
  22. JIEDA > Ada kala kita yg bukan siapa-siapa pun pandai gak menilai kan?

    ReplyDelete
  23. akak azieazah :- mama macam biasa lah > bz sana sinih . lanti sayaaa sampaikan salam yekk :d:d walaupun salam MAYA > ahaksssssssss

    wokey n selamat petang

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails