Wednesday, June 29, 2011

“Dia Memang Tidak MAMPU!” > Copy Paste...

Salam.
29-06-2011
Menghitung hari...



...buat masa ini, tiada apa yang menarik “yang ingin kukongsi”...


Masa yang berlalu begitu panjang pun belum tentu menjamin kita memahami seseorang, juga tidak membuktikan kita akan difahami oleh orang lain.

Jadi bersedialah mental bila tanpa diduga kita akan dituduh atau diberikan suatu tanggapan yang tidak pernah terlintas di fikiran kita sama sekali.

Makan nasi lauk kicap bukan bermakna kita tak mampu beli garam, kan?

Bila seseorang berdayung sampan, bukan bermakna dia tak mampu beli speed bot, kan?

Jika nampak seseorang hanya pakai selipar Jepun ke mana-mana, bukan bererti dia itu berasal dari Jepun, kan? Mata tak sepet pun.

Tapi kalu dah mampu tu, kasi tunjuk aaarrr!

Sebab itulah, seorang kawan pernah tulis; “dia memang tidak MAMPU”!

Betul. Harus setuju.

Untuk menulis yang baik bagi menggambarkan suatu peribadi yang baik pun aku tidak mampu...



~...SERI BULAN tersinggung lalu membawa diri ke baruh mengadu rajuk mengelak dipujuk kerana sejak dulu sudah memahami HISYAM tidak pandai memujuk melainkan hanya gemar mengajuk...~









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails