Wednesday, September 14, 2011

Guzaarish: Kesetiaan Sehingga Sanggup Menamatkan Nyawa...

Assalamualaikum
Rabu 14-09-2011
...bukan hari merapu aku



Biasanya bila tiba sebarang hari perayaan besar, Astro akan ada satu channel khas FIEST Ch100 yang menayangkan beberapa filem khas yang kadang-kadang ulangtayang (dan kemudian berulang-ulang plak ditayang).

Hari apa ntah, aku sempat tengok satu movie Hindi ini “Guzaarish”. (Malam tadi pun ada lagi ulangannya).


Filem ini menarik kerana ia berkisah seorang ‘fighter’. Hampir 90% dialog filem Hindi ini dalam bahasa Inggeris. Latarbelakang tempat di Goa, so gaya hidup mereka ni macam orang Portugis (or memang depa ni Portugis?).

Kisah seorang ahli silap mata yang terkenal, berjuang untuk hidup selepas kemalangan daam satu pertunjukan. Kemalangan (jatuh dari ketinggian akibat tali mengangkatnya dipotong oleh musuh silap mata juga — sabotaj!) yang menyebabkan beliau (hero, Ethan) lumpuh selama 14 tahun.

Aku tidak sempat tengok bagaimana Ethan kemudian menjadi DJ radio (bersiaran dari rumah di atas kerusi roda dan katil) yang mempunyai rangkaian pendengar yang sangat besar.

“Guzaarish” revolves around married nurse Sofia D’Souza (Aishwarya Rai) and a quadriplegic, wheelchair-bound patient Ethan Mascarenhas (Hrithik Roshan) with whom she develops an intimate bond. However, at the fourteenth anniversary of his accident, Ethan decides to take matters to his own hands and files an appeal to the court for mercy killing.This leaves Sofia in an impasse that challenges their relationship and their love. — Lakunan hebat:Hrithik Roshan dan Aishwariya Rai Bachchan.

Walaupun selepas beberapa orang tersayang dan terapat dengannya bersetuju dia menamatkan penderitaannya dengan memohon kepada mahkamah untuk menamatkan nyawa sendiri, tetapi keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Malah seluruh pendengarnya membuat undian menolak keputusannya.


Sekiranya permohonannya berjaya, ia akan menjadi sejarah dalam perundangan sivil India, di mana seorang yang hidup boleh menamatkan riwayat hidup sendiri kerana tidak tahan dengan penderitaan penyakit.

Filem ini mampu mengalirkan airmata... Yeahhh betulllll...!

Lupakan sebentar isu agama berdosa membunuh diri. Ini filem bukan Islam. Yang AA katakan filem ini best adalah kekuatan dalaman seorang lelaki yang pernah terkenal mengharungi hidup yang lumpuh, hanya kepala sahaja boleh digerak. Bergantung sepenuhnya kepada pembantu setia, jururawat yang mencintai, doktor peribadi yang sangat sensitif (kejap kejap nangis), peguam yang berjuang untuknya.... juga kesetiaan seorang jururawat yang sanggup menjaga selama 14 tahun...

kemudian, jururawat itu (Sofia) setuju untuk menjadi isterinya dan kemudian akan membantunya menamatkan riwayatnya — sekaligus akan membantunya menamatkan penderitaan Ethan.


Tidak pula ditunjukkan bagaimana Ethan di‘mati’kan.

Filem ini tidak ramai pelakonnya, tetapi peranan hebat dijayakan sungguh “memaksimakan” keseluruhan cerita.

“Tugas” itu bermaksud tanggungjawab seorang isteri. Untuk sehari sahaja kerana kemudian Ethan akan “dimatikan”.




Berapa ramai kita yang sanggup menjaga orang sakit selama 14 tahun? Apatah lagi jika orang yang tiada hubungan darah daging dengan kita?

Kecuali rasa cinta dan kasih yang tidak bertepi, kesetiaan yang tidak boleh digugat sama sekali, lalu pengabdian itu terasa ikhlas diberikan...



~...kesetiaan SERI BULAN terhadap HISYAM (and vice-versa) mungkin tidak tersukat tidak terukur kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu sejauh mana dalam dan erat, cukup hanya dengan renungan mata yang menyusup ke jantung memberikan getar yang lebih hebat dari vibrat Henpon Cap Itik...!~










14 comments:

  1. hendostan, dah lama tak layan tapi sari kata dorang penuh falsafah

    ReplyDelete
  2. Itulah yang dikatakan cinta itu buta ya? :)

    ReplyDelete
  3. boleh tengok tuu ... tapi kenkadang geramm kat astro...ulang berulang jaa....

    ReplyDelete
  4. umah rin senin sampai jumaat xleh on tv.... so jgn tanya la... sume citer kitorg xtau

    ReplyDelete
  5. Lahhhhh...saya tak tahu pun wujudnya saluran Fiest 100 tu ! hahaha...nak kena check karang

    ReplyDelete
  6. nak kene tunggu ulang tayang yg seterusnya....

    ReplyDelete
  7. tgk gak kat info semlm, tp tak tertarik nak tgk. nampaknya lepas ni kena tgk la kalo ada ulangan

    ReplyDelete
  8. tak tengok kak, tapi nengok kan pelakon2 nya mesti best..hihi..

    ReplyDelete
  9. AA..teringin pulak acik nak tengok..dah lama berenti tengok cerita hindi ni..

    ReplyDelete
  10. tak penah tgk. tapi kalau kak azie kata best, ok, saya kene tgk!

    ReplyDelete
  11. perasan ada channel 100 tuh tapi x pernah lak nak nengok nyer

    ReplyDelete
  12. Channel 100 Fiest ini hanya aktif bermusim sahaja. Pada musim perayaan sahaja, dan filem-filem yang ditayang bukan semuanya best pun.

    Ada satu, dua sahaja yang best!

    Filem Hindi ini salah satu daripadanya.

    Pada Kak Azie filem ini best, bukan sahaja cerita dan pelakon, malah latar belakang di sebuah rumah banglo tu pun sangat menarik!

    Lagu tidak banyak.

    Cuma Kak Azie terlupa menulis, ada lagu yang menjadi tema “WONDERFUL WORLD” (asal sapa? NatKing Cole??) yang menjadi lagu latar filem ini.

    ReplyDelete
  13. x suka sgt hindu ni tapi kalau ada mesej layanla...

    ReplyDelete
  14. munna sempat tgk separuh je.. nasib baik ada ulangan lagi... cantik aishwarya dlm movie ni

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails