Friday, February 24, 2012

Akukah yang Bersalah...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-02-2012


Alhamdulillah, aku rasa kembali yakin dan normal.

Seorang Manager bersembang dari hati ke hati. Tak plan pun tajuk persembangan kami tadi. Tapi aku tahu dan sedar, dia menyimpan segala kemelut ini sudah terlalu lama. Kesabaran dia sangat aku kagumi.

Team work dia semakin merosot prestasi dan hampir kesemuanya akan digugurkan dari pasukan.

Kata orang, kalu hadap benda yang sama terlalu lama, kita akan: jika tak menyampah pun, mungkin jemu. Lalu kualiti dan prestasi tidak lagi menjadi keutamaan. Komitment menurun dan kualiti sukar dicari.

Dan bila ada beberapa orang hadir memeriahkan suasana, dan pesaing, dilihat sebagai satu anjakan paradigma, mata celik melihat ini sesuatu yang harus dibimbing, pupuk dan dijaga agar menjadi “main power” yang wajar dijadikan aset penting.

Lalu apa jadi pada kumpulan pertama? Singkir dengan cara berhemah dan mengikut lunas undang-undang. Salah siapa jika peluang yang baik tidak diguna dengan baik bagi menambat kepercayaan orang yang membayar gaji?

Lumrah, yang baru dipuja tapi biarlah puja puji tu berlandaskan bukti persembahan baik dan mendatangkan hasil. Aku sokong saja.

Zon selesa yang terlalu lama dijajah. Suatu hari jajahan kita akan ditawan orang lain yang lebih baik dan lebih berdaya saing.

Salah aku kah?

Tayang lunch:



Walaupun masih ada rasa kecewa dan sedikit bengang, aku tahu jika boikot makan, aku akan menyusahkan diri sendiri. Itu tidak bijak, namanya.






~...sepanjang memudik ke hulu walau air deras dan kolek menongkah arus, HISYAM sedaya upaya menunjuk eksyen konon pandai berdayung sedang SERI BULAN sudah lama perasan kolek masih di tengah jalan walau sudah setengah jam terendam...~








12 comments:

  1. ahaa itu betul.

    jangan boikot makanan =)

    ReplyDelete
  2. Sekecewa manapun hati, jangan kecewakan perut sekali! hehehe...

    ReplyDelete
  3. sbb tu kite kena selalu beringat...zon selesa tu cuma nikmat yg sementara tp ramai yg alpa

    ReplyDelete
  4. Tidak ... bukan salah Kak Azie. Salah orang yang terlalu selesa dengan apa yang ada sehingga tak mahu belajar untuk memajukan diri dan dah rasa dirinyer lebih hebat dari orang lain di situ. Saya juga hadapi benda yang sama, tapi dah malas nak ambik pot. Yang penting kita kena ikhlas bekerja, iyalah duit yang diterima nak kasik anak anak makan, biarlah dari rezeki yang berkat. Sangat suka dengan pertanyaan akak "Salah siapa jika peluang yang baik tidak diguna dengan baik bagi menambat kepercayaan orang yang membayar gaji?" - Eh! sori terkomen panjang lak, sebab dapat rasa apa yang akak lalui.Dan selamanya kita tak akan dapat memuaskan hati semua orang. Buat yang terbaik dan jadi yang terbaik (motivasi untuk diri sendiri gak ni)

    ReplyDelete
  5. Kadang2 kita kena keluar dari comfort zone... barulah ada kemajuan... hmmm wallahualam

    p/s: kalau boikot makan diri sendiri yg rugi..hehe

    ReplyDelete
  6. setuju...bila dah terlalu lama, jadi muak..jelik pun ada..komitmen merosot..bila muncul pesaing baru cuba pulak ubah tradisi..makin bengang. tapi..kita tak boleh melatah, yang baru tak semestinya baik..macam tu jugak yang lama...persaingan selagi positif..tak ada salahnya.

    makan jangan ada kompromi...boikot..boikot jugak..:) perut kena beri perhatian..

    ReplyDelete
  7. makan tetap makan kak..
    makan utk tenaga..

    pedulikkan yg lain time makan..
    hehehe..

    * ni jugak le lunch kita tgh hari tu

    ReplyDelete
  8. makan itu wajib, jgn frustkan perut..hihi

    ReplyDelete
  9. MUNNAFENDY:
    Kesian kat perut kan? Lagipun negara kita mewah dengan makan. Tak elok kita menolak rezeki.



    KAKCIK:
    Rugi besar nanti kita, kan Kakcik?

    ReplyDelete
  10. KHAIRIN:
    Zon selesa boleh menjadi milik kita selama-lama andai kita sedar di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.



    ACIK:
    Kak Azie suka dengan komen panjang ini. Memberikan motivasi bersama.
    Dalam dunia kerja, bersaing dengan baik adalah sangat positif. Tapi segelintir orang terus dengan negatif dan konon selesa di takuk lama.
    Kak Azie tak boleh kerja dengan orang yang sangat pesimis dan tidak produktif.

    ReplyDelete
  11. NIDA:
    Sebenarnya itu benar. Zon selesa itu sebenarnya kita yang tentukan. Ada banyak faktor dan saling memberi dan menerima. Antara kita sebagai pekerja dan majikan yang memberi gaji untuk rezeki.




    SITI MURNI:
    Kak Azie suka “ubah tradisi”. Itu yang Kak Azie lalui kerana Kak Azie dilihat sebagai orang yang mengubah tradisi. Mereka yang lama sudah produktif tetapi mendakwa masih hebat akhirnya merugikan diri sendiri.

    ReplyDelete
  12. PUTU BAMBU:
    Yup. Makan untuk tenaga. Kalu tak makan, cemana nak buat kerja, ye tak? hehehehe



    LADYSIRNA FA:
    Kesian kat perut, kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails