Friday, June 29, 2012

Pentas Kilauan Emas 2: dalam rumah pun ada sorang peserta terlepas...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
29-06-2012


Rabu lepas, ada siaran langsung Separuh Akhir Kilauan Emas 2 (KE2), by ASTRO Ch105.

Kami laki bini kat rumah, memang follow program ni dari mula. Maklum orang lama. Part yang best tentulah masa siri-siri ujibakat di merata zon dulu. Macam-macam gelagat tu yang seronok ditengok.

MYTOKLAKI bukan kaki tengok tv. Dia tengok pun berita, bolasepak, atau rancangn yang eksklusif jer (mcm AJL ker, ABPH ker). Tapi KE2 ni dia suka layan sebab lagu-lagunya adalah retro dan sezaman dengan dia yang dah tua bangka tuh.


So malam Separuh Akhir tu, dia layan sungguh-sungguh. Masa tu aku dalam bilik dok teman bebudak buat keje skulah. Terutama masa pembukaan tu, banyak lagu-lagu zaman Ahmad Jais, J.Mizan. Tapi kekadang tajuk lagu pun dia taktau. Aku dalam bilik bleh dengar dia tanya, “lagu ni lagu apa Azah?”

Gitulah, nyanyi tahu tapi tajuk lagu pun taktau. Kadang-kadang tu sapa nyanyi lagu tu pun tak ingat. Mujur la bini dia pandai skit bab lagu lama nih dan masih ingat. Sebab aku muda banyak dari dia. hahahaha

Masa start pertandingan lagi, aku dok dengar dia kejap-kejap nyanyi lagu itu, lagu ini. Siap ikut ler lagu yang peserta tu bawa. Tang korus tu yang aku nak gelak tuh.

Masa penyanyi lagu Cek Mek Molek, dia gelak berdekah sebab tengok gelagat peserta tu bergelek. Dah nyanyi-nyanyi satu hal macam dia pulak peserta, sempat plak komen dan teka, “ni bleh lepas ni.. ah yang ni ni tone rendah sangat ni...” Amboi macam juri plak dia.



Sebenarnya kami ada 2,3 nama peserta yang menjadi favourite kami terutama NORAZRI ZAINUDIN tu dan juga SALINA. Suara depa memang sedap. Dan depa pun berjaya ke peringkat akhir.

TOKLAKI teka banyak yang tepat, mana peserta yang berjaya ke akhir. Terror la dia.



Dan malam tu Ramlah Ram ada buat persembahan gak, tapi suara dia adehh.. kenapa macam tuh? Dah menjerit macam paksa plak. Aku dengar pun rasa sakit plak telinga nih!

Selain itu, sorang lagi peserta nama FUAD tuh (malam tu nyanyi lagu My Baby), rupanya dulu jiran dekat dengan rumah Pengasuh anak-anak aku dulu. Patut pun macam pernah tengok. Bila aku sebut, MyTOKLAKI bagitau. Ohhh.. ingatan dia masih kuat eh? Memang budak Fuad ni penyanyi dulu (nyanyi kat hotel-hotel kalu tak silap).

Malam Akhir Pentas Kilauan Emas 2 ini akan berlangsung minggu depan (Rabu eh?) dan pasti saingan sangat hebat. Persembahan mestilah mantap-mantap belaka kan? Aduhai, aku sangat teruja. Tapi time tu, aku akan bercuti jauh dari rumah. Ntah dapat siaran ke tidak kat sana tu nanti.



~...mula memupuk rindu sejauh seluas halaman Teratak Nyatuh, menyimpan dendam di sebalik kain tutup tingkap yang jarang dan jelas kelibat bila HISYAM lalu lalang...~

 

10 comments:

  1. ada gak sesekali tertengok tapi selalu terfikir 'ayah@mak@tok@nenek sapalah ni yer'hehe

    ReplyDelete
  2. Sesekali kakcik tengok juga bila berkesempatan. :)

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,
    Lama tak ke sini,mcm mana ntah blog ni ter....nanti mama masukkan balik.Tapi semlm memang teringat nak ke blog ni...apa2 pun terimakasih.

    ReplyDelete
  4. munna pun layan kilaun emas ni... best pula tgk marsha dan dato dj dave nyanyi hindustan

    ReplyDelete
  5. tak pernah tengok...suka iklannya..
    bukan calang-calang orang bole bawa lagu gini...

    ReplyDelete
  6. ...nak bercuti yer Azie...nak ke mana tu...ke pantai timur lagi ke?..apa2 pun selamat bercuti.

    ReplyDelete
  7. Kalau bab astro ni memang tak leh nak syer coz kat umah memang tak ada astro...waaa...

    ReplyDelete
  8. AA..nk2 cik pun terkejut he he..mak tau ke lagu ni..mak tu ke sape nyanyi dulu he he..sebab mk ny ni pun suka jugak mengikut menyanyi sama.

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Tak berapa layan rancangan ni. Anak2 akan tgk cerita korea bersiri mereka. Akak tak tengok tv, tp lbh byk mengadap laptop. Jemput ke blog akak utk baca novel yg bakal diterbitkan tahun depan.. insya Allah.

    ReplyDelete
  10. hehehe....siap jadi juri lg eh? mesti best kalau layan rancangan kegemaran bersama2 kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails