Saturday, July 14, 2012

Parit 9 lagi: Orang kenyang makan nasik, aku kenyang makan gambar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
14-07-2012


Hari ke-3 di Bandung:

Sebelah pagi meneruskan agenda untuk membeli belah. Jalan Juanda, Bandung. Sepanjang jalan  ini penuh dengan gedung factory outlet dengan pelbagai nama, tapi menjual hampir sama. Baju, kasut, beg, perhiasan...



Mula-mula sekali, gedung Donatello. Kedai ni memang dikatakan terkenal di kalangan pelancung Malaysia. Barangan kasut kulit dan beg.


Orang lain belek barang, aku mesti posing saja lah.

Nampak Akar Natual Spa tuh? Boleh masuk dari dalam kedai Edward Forrer tu juga. Kami plan nak manjakan badan malam nanti. RP75,000 sahaja per 60 minit (kalu tak silap, lupa wpun ada katalog).



Hampir semua toko eksklusif di sini adalah rumah banglo bukan bangunan batu. Nampak menarik sebab hanya setingkat. Ada juga gedung The Uptown di sini.

Aku nampak stall jual Eskrim Durian di depan Edward Forrer.

So orang lain lain belek kasut, aku nak mencuba eskrim ini. Sensorang jer. Harus cuba baru tahu sedap ke tidak. Aku memang minat durian.


Seulas durian bersama 2 skop aiskrim, disira bersama coklat. 1 cup begitu berharga RP8,000. Kira-kira RM2.40. Sedap!

Selain Donatello, ada juga gedung seumpama sepanjang kiri kanan Jalan Juanda ini (dalam daerah Dago); seperti Kouji, Carla, Episode, Jetset, Blossom, Panin, Grande dan The Uptown. Barangan yang dijual hampir serupa.

Cuma harus diingat, di Indonesia kebanyakan saiz baju (dll) adalah saiz comel. Untuk mencari saiz besar (contoh terdekat, saiz aku) memang susah. Maklum, majoriti orang Indonesia memang kecil comel sahaja. Contoh terdekat, Mas Sudin tu lah.

Bagus juga, selamat duit. Tak yah beli. Tapi untuk kasut, ada banyak saiz American di sini.


 Aku paling suka gedung Blossom nih. Rekaan dalaman dia pun cantik.


Untuk lunch kami pula, sekali lagi kami bersetuju untuk makan sekali lagi di Parit 9.

Ingin mencuba bawal, tapi bawal sudah habis stok.


Menu hampir serupa seperti sebelumnya, tapi ikan tu Gurame rasanya kot. Lupa dah. Kali ini Udang Goreng Tepung dan Sup Kepiting Asparagus. Kos kami hari itu RP195,000.

Sup Kepiting Aspragus (sup ketam) macam Shark Fin. Sedap juga.

Siang hari orang agak ramai, so kami mengambil ruang di bahagian belakang yang terbuka. Nyaman.


Kerana siang hari, aku rajin la menjengah ke kawasan akurium ikan untuk melihat pilihan ikan. Di sini sama seperti di tempat kita juga, kira timbang.

Kepiting. Di tempat kita dipanggil apa eh? Ketam nipah kan?

Lepas makan, kami bercadang nak singgah ke tempat yang paling dekat. Kedai coklat dan brownies. Memang dari KL lagi aku dah cadang nak pegi kedai Kartika Sari. Kedai coklat yang terkenal. Malah dah banyak aku baca pasal Kartika Sari. Tapi kami plan nak singgah ke situ pada hari esoknya.

Singgah Prima Rasa. Seakan Kartika Sari juga.


Banyak kek dan bun serta pelbagai kuih. Kerana kami baru lepas makan, so selera untuk membeli jadi tawar. Coklat pun takda. Kacang jer banyak. So tiada siapa pun yang memborong.


Di luar kedai Prima Rasa, ramai sekali penjual kecilan menjual pelbagai cenderahati dan makanan tradisional Indonesia. Antaranya pelbagai jenis kerepek. Indonesia memang terkenal dengan kerepek sehinggakan banyak menu nasi di sana mesti disertai dengan kerepek.


Pelbagai jenis kerepek untuk dipilih.

Lihat unik sekali penimbangnya.

Ini antara kerepek Kecimpling yang kami makan beramai-ramai dalam van. Rasa masin, sayur dan pedas cili. Enak dan mengasyikkan.

Next, cari makan lagi.

*Sebenarnya aku cuba nak habiskan semua story catatan perjalanan Bandung~Jakarta ini sebelum tiba Ramadhan. Nanti kalu dah masuk bulan posa, cerita akan berubah tempo.




~...ada lagu rindu yang bukan semua boleh memberi rasa sayu, ada rentak pilu yang belum mampu memberi sendu tetapi bila HISYAM menunjuk bakat penuh perasan menggubah lirik lagu hanya sebaris dua sudah cukup membuat Mak Utih tersedu dan Pak Utih tertunduk malu sementara SERI BULAN hanya tersipu kerana lagu Katak Lompat itu ada banyak makna beribu...~




 

5 comments:

  1. Penat kakcik nak tukarkan nilai matawang tu. :)

    ReplyDelete
  2. tergantung buah duriannya...
    lagi penambat selera........

    ReplyDelete
  3. KAKCIK:
    Masa tukar di sini, dapat la RM10 = RP35,000 tapi kemudian kami ada tukar lagi di sana. Cuma dapat RP29,700 jer.



    QHAIFA NUR:
    RAsanya durian di sana tak sehebat durian di negara kita. Untuk campur eskrim gitu, duriannya biasa biasa jer.

    ReplyDelete
  4. Batagor Sugih itu apa ?

    Airport Bandung masih macam dulu lagi ke ?

    ReplyDelete
  5. Bang HAMZAH al-Lavendari:
    Batagor tu saya tak tahu la pulak.
    Sugih tu rasanya makanan ringan.

    Saya pertama kali sampai di airoot Bandung. Dulu saya ke Bandung turun di Airport Soekarno Hatta, Jakarta dan naik bas ke Bandung. Jadi tak tahu apa beza.
    Yang saya nampak, airport Bandung simple dan biasa saja.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails