Thursday, February 28, 2013

Pulut Tanak Serunding Kelapa — mudah menanak tak pening kepala...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
28-02-2013


Saya hendak merekod di sini, pada tarikh 28-02-2013, hari terakhir saya ‘penanam anggur tidak bersijil’ selama genap 2 bulan.

Esok saya akan memulakan kerja baru di tempat baru. Walaupun kali ini adalah sangat jauh, paling jauh pernah saya kerja, tetapi mengambil kira beberapa faedah dan kelebihan saya terima sebagai satu cabaran dan keseronokan berkerjaya semula.

Tayang-tayang: – kan saya suka menayang? hahahaha!



Serunding Kelapa. Sama juga macam kita buat inti Cor Badak atau Pulut Panggang. Saya nak match dengan 5 kilo beras pulut, so beli kelapa parut sampai 5 kg. Terlajak banyak. Sepatutnya 4 kg cukup. Di Pasar Pudu kelapa parut adalah 1 kg = RM5.



Saya belajar masak Pulut Tanak dari MyBonda di kampung dulu. Tak pernah test pun depan dia, tapi lepas kahwin saya masih ingat teknik dan sentiasa praktikkan cara itu. Memang menjadi. Sebab kalu tak biasa menanak pulut, memang akan lembik. Menanak pulut tak sama dengan menanak nasi beras biasa.

Cara saya: rebus air panas sampai mendidih dulu dalam periuk (saya guna rice cooker jer, senang control). Bila air mendidih, masukkan beras pulut yang dah dibersihkan. Kena pandai agak, beras tenggelam sama paras air jangan terlebih. Don’t panik jika lihat macam air tak cukup. Biarkan ia kering sendiri (klik button ‘keep warm’). InsyaAllah lembut elok berkilat walaupun macam tak cukup air. Beras pulut ada kanji tau...



Walaupun saya selalu merapu memasak, tetapi bab presentation saya paling failed! Saya tak pandai nak hias-hias macam blog resipi orang lain. Itu bukan kelebihan saya. Takpa la, saya bukan chef blogger.



Alhamdulillah, selesai membungkus untuk kira-kira 60 orang jemaah di surau malam ini. Saya dan Toklaki mengadakan Tahlil & Bacaan Yassin di surau untuk arwah MIL, MyArwah Ayah dan 2 orang arwah abang saya.


Copy paste satu kata-kata dari rakan yang buat saya sebak tetapi terhibur:

Jangan hitung daun yang berguguran, tapi hitunglah bunga yang bermekaran setiap pagi. 

Jangan hitung hari-hari dengan air mata yang menitis di pipi, tapi hitunglah senyuman yg terlukis di wajahmu.

Jangan jalani hari dengan menghitung cubaan yang kamu alami, tapi hitunglah kehidupan dalam setiap helaan nafasmu sebagai berkat yang telah Allah sediakan dan yang telah kamu terima dalam hidupmu...

Terimakasih semua...!




 ~...kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun selingkar dengan sesiapa yang lain kerana bimbang apa yang disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham....~




27 comments:

  1. kalau masak pulut dlm kuantiti yg byk,akak kukus ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pulut kukus, mudah kering kecuali jika dibubuh santan. Sebab tu saya lebih suka tanak, ianya lebih lembut.
      Saya masak sikit-sikit. Rice cooker saya tak cukup besar, dan risiko terlembik or terkeras, boleh dielakkan.

      Delete
  2. Gud luck kat tmpat baru nnti kak...
    Mudah juga guna rice cooker eh kak...nnt bole try...tq kak

    ReplyDelete
  3. Tah.niah dapat balik status "wanita bekerjaya" tu... leh simpan duit lebih utk haru tua nanti mudah-mudahan kak azie sampai ketanah suci di usia yg muda dan sihat hasil titik peluh sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih.
      Saya rasa selepas ini mungkin tak boleh nak aktif blogging macam dulu lagi dah. Masa pun sangat terhad.

      Delete
  4. selamat bekerja semula kak azie..pejam celik 2 bulan ye macam kejap je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak puas pulak nak jadi tukang masak yg setia. hehehe. Bebudak bukan main suka bila balik sekolah jer, makan dah ready. Sedap-sedap pulak tu.

      Delete
  5. Tahniah, anggur dah berbuah dah sekarang....selamat berkerjaya semula dan dipermudahkan semuanya. tp rasanya date tu ialah 28-2-2013, ya x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh saya tersilap taip. Terimakasih Kak Rose membetulkan saya. Saya dah edit.
      Terimakasih sekali lagi Kak Rose.

      Delete
  6. Good luck kak azie. Ela doakan akak hepi dan cepat sesuaikan diri. Serunding kelapa tu buh kelapa, bwg, serai, cili kisar dan udang kering kan? Lamanya ela x buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Ella.

      Yup betullah tu. Kena ada cili, serai yang banyak dan udang kering pun banyak. Baru enak!

      Delete
  7. Tahniah AA.
    Acik kalau masak pulut sikit masak dalam rice cooker jugak.tapi kalau pulut kuning lebih suka kukus

    ReplyDelete
  8. Tahniah Tahniah AA. Saya juga yg masih menyemai benih padi di sawah... berdikit2 menanam jagung entah bulan bila kan berbuah..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    awal2 kalut sikit kot, jauh dr biasa. lama2 sikit dah tau rentaknya mcm mana...ok lah kan.

    slamat keja di tempat baru ya.

    ReplyDelete
  10. azie...sedapnya pulut bakar/panggang berintikan serunding hehe...

    ReplyDelete
  11. ouch...sedapnye..dah lama x merasa..huahua..homesick sebntr..hehe

    ReplyDelete
  12. azie...tahniah sbb tempat keje baru n gud luck...serius seumur hidup noe lum pernah buat pulut camni...hehehe...kena tuntut ilmu ni...nampak lazatt...

    ReplyDelete
  13. upss!! rasanya sejak kahwin xpernah tanak pulut. ekeke. kena buatla lepas ni. nampak benor tak reti... tq kak for the tips :)

    ReplyDelete
  14. sedap nyer kak..my feveret. hehe

    ReplyDelete
  15. Selamat berkerja semula azie....nak tahu pulak kisah u kat luar sana tu :-D

    ReplyDelete
  16. Selamat kembali bekerja kak....:-)

    ReplyDelete
  17. Selamat bekerja.Makcik yang dok tanam anggur pun rasa nak cari kerja juga...ada kerja part time ke,on line ke mau saja dibuat.

    ReplyDelete
  18. Pulut serunding ni mmg fav sy kak. mmg pas ni kena ikut stail akak tanak pulut. Sy tanak mmg selalu la lembik.

    =(

    ReplyDelete
  19. saya suka pulut serunding...patutlah pulut akak nampak berkilat rupanya ada cara masaknya..bolehla saya cuba nanti, thanks kak!

    ReplyDelete
  20. adui..bestnyer...kt mesir xdak pulut kak..huarghhh....

    ReplyDelete
  21. tambah dgn ayam goreng pasti lezat sekali tu :)
    watch movie HD

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails