Wednesday, April 17, 2013

Korea: Gwangjang Market — mari kita borong sutera...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
17-04-2013


Kami menuju ke satu kawasan lain. Gwangjang Market. Menurut Rahir inilah pusat textile terbesar di sini dan pelbagai jenis fabric dijual secara whole sale juga runcit. Ramai pelancung luar terutama orang Asia akan singgah di sini memborong kain-kain ela terutama sutera Korea yang bermutu tinggi, dan boleh dapat dengan harga yang memuaskan.




Sepanjang jalan menuju Gwangjang Market, banyak orang-orang tua (saya kira mereka ini petani) yang menjual hasil tani seperti sayur, kekacang dan buah-buahan. Korea negara bermusim dan bila musim sejuk buah dan sayur sangatlah segar. Bayangkan sayur yang datang dari Cameron Highlands di tempat kita.

Strawberri Korea adalah buah yang paling popular di kalangan pelancung. Ehhh rugi kalu tak beli dan rasa. Manis ya amat! Sebungkus W7,000 = RM21.00. Mahal la juga tapi berbaloi sebab manis. Limau/oren pun manis, langsung tak masam.


Rahir membawa kami masuk melalui salah satu pintu. Yang saya kira ‘salah pintu’. Sebab terpaksa melalui deretan panjang kedai makan terbuka yang menjual makanan eksotik Korea. Paling banyak adalah BA ALIF BA YA! Adehhh... menahan hidung masing-masing. Saya snap dari jauh saja tu pun boleh jelas nampak pelbagai bahagian baalifbaya tu dimasak di situ, dihidang dan ditayang. Wuekkkk!

Kami jalan laju-laju dan buat-buat tak nampak. So said to Rahir, “balik nanti ikut jalan lain.”


Gwangjang Market menawarkan ribuan jenis pakaian, textile dan kelengkapan rumah seperti cadar, selimut hand-made dan paling menjadi tumpuan tentulah Sutera Korea!


Apa nama pakaian tradisional Korea? Hanbook ya?


Inilah lot kedai yang biasa dibawa oleh Rahir bersama setiap pelancung Malaysia yang dikendalikannya. Peniaga lot ini boleh berbahasa Melayu sedikit sebanyak terutama ‘baju kurung, baju Melayu, ratus, murah, cantik...’



Memang rambang mata. Tapi harga memang tak kalah. Ratus-ratus RM sepasang. Boleh guna kad kredit, tapi harga berbeza atas sebab charge tertentu. Guna cash lebih mudah.


Di tengah-tengah laluan lot kedai dalam bangunan pula, deretan peniaga kain-kain ela terutama kain kapas (Korea cotton). Rata-rata peniaga adalah wanita berusia. Nak cari orang muda memang susah.


Makcik tu sengih lebar sebab kami borong banyak dari dia. Sepasang (4 meter) yang sudah dipotong, bermula dengan harga W15,000 = ±RM45. Saya rasa itu sangat berbaloi kerana kain kapas Korea sangat lembut, tahan lama, tidak panas, tidak mengecut dan corak pun menarik.

Apa lagi... borong time!

Ya... betul. Masa balik kami keluar ikut pintu lain.




*terimakasih respons dan minat kalian terhadap FM yang ditawarkan. Saya tak la beli banyak tapi insyaAllah cukup mengikut permintaan. As I said, sapa cepat dia dapat. So, saya akan usahakan menghubungi email yang diberi. Beri saya sedikit masa untuk berurusan dan membuat penghantaran. Now, saya dok kalut dengan kerja dan preparation duty di Pesta Buku. Nanti saya war-warkan tentang Pesta Buku tu. Ada yang minat nak dating? Ahaks!




 ~....Kata HISYAM suatu waktu dulu selepas lama terpisah dek cuti perayaan yang panjang, “Rindu la,” lalu dijawab SERI BULAN dalam kenaifan yang disengajakan, “Rindukan apa?” lantas si HISYAM terkedu kerana terperangkap dengan soalan manja itu dan geram kerana dia menjangka si teman baik sedia memahami lagi sudah mengerti...~..~




21 comments:

  1. Adoiiii...kak Azie menggoda dengan Korean Cotton pulak. Tak boleh jadi nih...uwaaa...

    ReplyDelete
  2. kalau saya memang sah2 borong cotton banyak2..sedap dipakai:)

    ReplyDelete
  3. baju kurung raya tahun ni sahih dah korea cotton ea kak Azie..haha ..emm sedap pakai !

    ReplyDelete
  4. kain cotton Korea buat baju kurung mesti selesa di pakai..

    ReplyDelete
  5. mmg cantik cotton tu...kalau beli online agak mahal kat sini...
    azie..tak tahan tgk header tu hehe

    ReplyDelete
  6. Kalau laaa saya yang ada kat situ, confirm rambang mata dan rabak poket, hehe

    ReplyDelete
  7. kain cotton cantik2 la akak... stroberi tu sedappp

    ReplyDelete
  8. suka sangat kain cotton, murah tu kalau RM45

    ReplyDelete
  9. Saya sangatttt teringin nak ke Pesta Buku, tapi selalunya tak dapat pergi sejak kahwin nie... Tengoklah macam mana..

    ReplyDelete
  10. Jom dating dekat pesta buku.. hehe..

    ReplyDelete
  11. bila agaknya saya nak sampai sini...done follow akak...:)

    ReplyDelete
  12. Hari no lambat buka, Mcm tunggu siaran langsung!
    Semlm tgk haliza di 105, dia berjln2 sambil makan di korea. hehe teringat tpt2 ya AA pamerkan.

    ReplyDelete
  13. wah... terliur sangat tengok stroberry tu kak...
    ranum ranum merah merah... mesti wangi kan??

    kak azie.. FM masih available kah? hehehhehe.... ;p

    ReplyDelete
  14. Tak pernah minat dengan Korea tapi anak saya minat sangat dan sibuk usha ajak gi sana. Tak tau la bebudak ni.

    ReplyDelete
  15. Murahlah kain cotton 4m cuma RM45. Boleh Atikah buat berniaga di sini tu ..... ngeeee

    ReplyDelete
  16. Mengapa Hisyam terkedu bila Seri Bulan tanya "Rindukan apa?"

    Takkan itu pun tak boleh Syam ..... ngeeee

    ReplyDelete
  17. ala, jeles ni. nak g korea jugak jumpa running men. hehe

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ... sempat gak dia mention , kuar ikut pintu lain ... heheheee ... saya klu bau daging tuh mahu nya tak lalu mkn 1 hari ... klu saya dok korea , tiap masa saya mkn strawberi ... ngences

    ReplyDelete
  19. mmg rambang mata kalau pegi ni
    stoberi tu nampak sedap je kan?

    ReplyDelete
  20. strawberry korea memang sedap, selalu beli kat supermarket aje...mmg tk masam sangat...wah bestnya murah sutera korea...sure akak borong banyak kan!

    ReplyDelete
  21. http://dapurdarikorea.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails