Wednesday, October 23, 2013

KL Gangster 2: Dato’ Rosyam Noor, memang ‘legend’lah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-10-2013


Ya, saya dah menonton KL Gangster 2 (KLG2). Sebuah filem terkini dari Syamsul Yusuf Haslam yang menjadi sebuah filem yang kontroversi kerana isu cetak rompak. Bagi saya, cetak rompak tu berlaku mungkin kerana adanya “orang dalam” yang busuk hati dan khianat. Nak cari duit mudah dan cepat dengan cara mencuri hasil karya orang lain. Cemana la si Syamsul tu tak mengamuk.

Untuk memahami jalan cerita KL Gangster 2 (KLG2), kena tonton filem KLG1 terlebih dahulu, kerana KLG2 ni bukan sambungan, tapi prelude. Lalu menonton yang kedua, baru kita faham bagaimana KLG1 itu dan bagaimana segala punca bermula.

Dah nama pun kisah gangster, lalu saya tidak mahu mengulas tentang dialog dan bahasa yang digunakan. Yeah... memang kasar, biadap, kurang ajar, dan segala yang tidak sopan. Dah nama pun gangster, kan? Mana ada gangster yang cakap sopan santun bagi salam segala?

Dalam KLG1, kita lihat Malik (Aaron) baru keluar dari penjara (sebab dianiaya oleh Shark) tetapi bagaimana dia “dikenakan” oleh Shark tu belum diketahui sehingga lah kita tonton KLG2 ini.

KL Gangster masih berkisah tentang kumpulan-kumpulan gangster yang ada di KL. (Betul ker wujud, eh?) Dulu kita difahamkan kumpulan gangster (kongsi gelap) ni banyak ditubuhkan oleh kaum Cina. Tapi apa yang dipaparkan, kaum Melayu pun gangster sakan jugak. Walaupun hampir seluruh dialog sesama depa, masih lagi guna slanga (pelat) Kantonis. Bab ni saya tak faham, Melayu sama Melayu pun nak cakap macam Cina?

Malik terpaksa join kongsi gelap atas sebab terpaksa. Dia perlukan duit untuk membiaya pembedahan emaknya yang disahkan ketumbuhan di kepala. Dalam masa yang sama, dia mengambil kira hubungan baiknya dengan King, ketua gangster yang terancam kedudukannya kerana ketua gangster lain yang lebih kuat berkuasa, iaitu Tai Long (lakunan Dato’ Rosyam Noor).

KLG2 bukan filem sembarangan. Itu yang saya rasa. Filem ni penuh aksi, stunt, gaduh, pukul, bunuh, rogol, belasah... dan segala yang lengkap untuk kita sebut sebuah filem gangster. Gangster hati kering, katanya. Tai Long seorang ketua yang tamak, ganas dan ingin membolot semua kawasan perlindungan sehingga menimbulkan rasa terancam kepada kumpulan gangster lain terutama King dan anaknya Shark.


Permusuhan mereka memuncak apabila isteri King dibunuh (kerana dia belot dan menyokong Tai Long) dan Malik berasa tertanggungjawab untuk membunuh Tai Long. Selain itu adiknya Jai juga berdendam kerana adik perempuan mereka dirogol oleh Tai Long.

Oh ya... untuk menonton filem ini, saya rasa bebudak bawah umur elok jangan dibawa. Filem ini banyak unsur gaduh pukul dan bunuh. Gangster hati kering, sanggup jer tembak tanpa belas. Pukul orang tua tanpa rasa kasihan.

Itu belum lagi dikira dialog yang sangat-sangat kasar. Dah nama pun gangster, kan? Lalu saya melihat dialog sebegitu adalah relevan di dalam filem ini. Cuma, jangan diikut ya. Walaupun saya dah dengar ramai remaja dok cakap cenggitu di mana-mana. Bahasa ‘lu gua’, ‘sial’, ‘pailang’ dsb sudah menjadi bahasa biasa hari ini.

Unsur lucu banyak dibawa oleh Zizan (sebagai Abang Long Fadil) yang menjadi kawan baik kepada Malik. Hmmm... macam tak kena jer, seorang gangster hati kering yang digelar “Abang Besar” seperti Malik boleh jer berkawan baik dengan seorang lelaki “tak berapa bijak” seperti Fadil tuh. Sangat kontras okeh...!

Seorang lagi yang sangat kelakar dalam filem ni, si Ajib (Sofi Jikan) yang asyik dengan ‘sengatnya’. Gangster kanan kumpulan King, ganas la jugak tapi kelakar. Selalu berpantun dengan rima yang kadang kena kadang berterabur. Hahahaha...! tapi seronok la jugak. Sebenarnya dia lah yang bunuh bini King, tapi Shark sangka King yang bunuh lalu dendam itu disimpan (sehingga ke filem KLG1) hingga dia sendiri yang bunuh King.

Watak Malik dan Jai (Aaron dan Adi Putra) masih cemerlang walaupun depa terlalu hensem untuk jadi gangster. Tapi tak salah, cuma kesian la pulak. Ekspresi wajah Jai lebih menjadi berbanding Aaron yang nampak terlalu tenang-cool untuk menjadi gangster hati kering. Dalam filem ni Aaron nampak lebih kurus dan cengkung.

Keseluruhan, saya paling tabik kepada Dato’ Rosyam Noor yang menjadi Tai Long. Ketua gangster paling ganas, dan saya rasa wataknya lebih ganas dari wataknya semasa filem Lenjan dulu. (Dalam filem Lenjan, dia menang award Pelakun Pembantu Terbaik (sori jika silap) dalam satu festival filem luar negara).

Keputusan mengambil Dato’ Rosyam Noor sebagai Tai Long dalam KLG2 ini sangat tepat dan cemerlang sekali. Terlalu ganas. Terlalu jahat. Tembak ikut hati dia jer. Paling tak boleh terima, dia rogol adik Jai depan Jai sendiri. Dialog dia tak boleh blah, “Abang Jai, Tora-tora minta izin nak bersetubuh dengan adik abang.” Phiewww... dasat betul dialog!


Walaupun ada sedikit isu tentang dialog dia, “Pintu neraka pun tak terbuka untuk aku,” tapi saya tak reti nak komen apa. Dialog itu memang kelihatan sangat-sangat angkuh (sehingga ada ustaz yang tegur), tapi saya melihat itu memang ayat gangster. Gangster mana ada yang ingat Tuhan punya. (kecuali dia memang nak insaf). Undang-undang dunia pun dia langgar, apa lagi undang-undang Tuhan.



Watak Shark by Shamsul tak berapa menonjol berbanding dalam KLG1, kerana mungkin masa ni gangster lain lebih berkuasa dari dia.

Berapa bintang? Hmmmm jika per/10, saya nak bagi 8...! Bukan kerana cerita, tapi kerana lakunan.





 ~...SERI BULAN bukan pendendam, sentiasa memaafkan sentiasa merelakanm malah sentiasa ikhlas terhadap apa saja hasutan dan khianat dari HISYAM kerana rasa kasih yang bercambah lama dulu sukar sekali ditarik akarnya dari tanah jiwa yang dulu pernah kering kontang lalu terlalu mengharap pula dia ada istilah banjir melimpah masuk di taliair belakang Teratak Nyatuh...~




18 comments:

  1. tak tengok lagi cite ni..bila baca cerita kak azie ni tergedik2 plak nak pi tengok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi kuar kat Astro First kot...

      Delete
  2. sy takut nk tgk...... rasa mcm, x yah la tonton kejahatan org lain (y berkemungkinan mmg wujud) sedang sy sendiri x la sebaik mana...

    kang terikut2 lak..... prevention untuk diri sdr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berfikir dengan bijak. Filem gangster bukan untuk diikut. Filem cinta pun begitu.

      Delete
    2. haah.. tp kalau y overly blh beri kesan psikologi, sy x brp berani

      Delete
  3. Bangcik dan pergi tengok filem ini. Kakcik rasa teringin nak tengok bila baca ulasan Azie.

    Tapiiii... kakcik teringin nak tonton lakonan Faizal Husein dalam Longkai!

    ReplyDelete
  4. saya tak sempat tengok filem ni sampai akhir.....

    ReplyDelete
  5. Aina serm negok cerita2 ganas ni...:)

    ReplyDelete
  6. Wah saya nak nengok tapi rasanya tak nengok kot..Kalau nak amik kat astro first pun rasanya tak boleh cakap ngan anak2 sebab tak sesuai dan tak elok sangat..

    ReplyDelete
  7. Sempat jugak azie pergi tengok wayang ni. Pergi dgn TokLaki ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, TokLaki ada buat lawak lucah lagi tak? tu.. ada scene nak rogol perempuan kat tempat terang lagi.


      wei!!! tak malu ke?? tempat terang tu!!

      haish.. kot ye pun tutup aa sket. chet!

      Delete
  8. Saya ke Panggung lepas 3 hari dia start tayang. Memula tu memang tak nak tengok sebab macam Eiiuww tak suka cerita gaduh gaduh, tapi lastly ... best gak cerita ni, tak membosankan (saya dah tengok KLG1. Hero saya dalam KL Gangstar 2 adalah SOFI JIKAN ... memang kelakar sangat, bior pun tak hensem. Hahahaha

    ReplyDelete
  9. patut sokong filem tempatan kan...
    kalau bole jangan fikir yang negatif...
    minat gak dengan rosyam nor....

    ReplyDelete
  10. dah hilang kut rajuk si pengarah filem tu...kutipannya mmg memberangsangkan..

    ReplyDelete
  11. Berani la Azie ni.. Makchaq ni penakut..
    tengok cerita tom and jerry pun dah sedih/kesian tak boleh tengok bila kejap2 tom kejap2 jerry kena belasah kena bully.. ni lagi la..
    semua cerita yang lawan2 ke perang2 memang tak berani tengok...baik omputih, melayu, cina, hindustan memang tak suka tengok..

    ReplyDelete
  12. dah tengoh pun tapi kat cd ler...opsss....

    ReplyDelete
  13. saya memang tak tengok le..anak saya ni apa yang saya tengok dia pun nak tengok...jadfi memang tak kan tengok la..haahh

    ReplyDelete
  14. tggu kuar kat astro baru tgk ... heheheee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails