Friday, January 17, 2014

Kantan tak turun harga?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
17-01-2014

Cuti umum Thaipusam bagi beberapa negeri. Tapi saya pun tak pasti negeri mana lagi yang terlibat. Yang pasti kami cuti.

Semua bebudak ada kat rumah dan makan beramai-ramai (wpun yang masaknya saya sorang) adalah agenda yang harus diadakan dan tiada seorang pun boleh tercicir.

Tapi selepas yang lelaki balik dari solat Jumaat, ALIA tak ada sebab kuar beli barang Biologi dengan kawan. Takpa, makan tetap makan.

Dalam orang sibuk perkataka tentang sayur kangkung yang cuma secekak lima kupang di Pasar Pudu, saya malas nak tulis apa-apa. Jemu.

Sekarang ni kepala otak dok ingat nak cuti lagi... dan lagi.

Tayang-tayang:


Bunga Kantan tengah bermusim sekarang. Tapi macam biasa, dah tak murah macam dulu. 2 kuntum sebegitu saya dapat RM2. Tu kira murah dah banding mini market jual 2 kuntum sampai RM3.50.

Lama tak buat Laksa (Laksa Kedah yang resepinya ambil dari orang Sarawak) dan kebetulan last Sabtu adalah off-day saya, sangat sesuailah memuaskan tekak sepanjang hujung minggu 2 hari itu.


Laksa Kedah saya tak lengkap bumbu hiasannya tapi rasa tak pernah derhaka. Tetap seperti yang dihajatkan.

*Link untuk resepi saya pernah tulis di entri ini...

Petang ni nak rebus ubi kayu!



 ~...peluang untuk melepaskan diri dari jelingan HISYAM sepanjang diberi ruang untuk menyendiri tidak pernah menggembirakan SERI BULAN kerana baginya bersendiri adalah lebih bermakna apabila HISYAM ada bersama walaupun nanti mereka akan berbalah bagai tiada benda yang parah dan tiada siapa yang akan mengaku kalah...~




17 comments:

  1. Bunga kantan takde turun harga pun.. dekat kedai rumah saya gebu2 bunga kantan dia.. geram lak tengok tapi bila chef hubby takde mood memasak tak berapa ada.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. boleh tahan harga dia, kalau nak tanam bukan senang nak idup zaman sekarang ni,
    zaman seme benda kena bli.. :)

    ReplyDelete
  3. Lama xbuat laksa sbb cik man xmakan laksa..wlau knah hantu laksa..nak mkan tunggu blik kedah..

    ReplyDelete
  4. mujur kat sini bunga kantan tak payah beli... cuma nak kena rebut la sape cepat dia dapat!

    ReplyDelete
  5. dah tengah malam ni tetiba laparlah pulak tenguk laksa awak yg sungguh mengancam!!

    ReplyDelete
  6. lama dah tak masak laksa, yang nak minat nak makan pun tak ramai, yang besar@ dah ke asrama, yg kecik kt rumah belum pandai makan

    ReplyDelete
  7. selain laksa & asam pedas, apa lagi kegunaan kantan dlm masakan ye kak azie?

    ReplyDelete
  8. Jiran saya tak kisah kalau kantan naik atau turun harga nya. Dia tak kisah langsung. Nak makan apa yang memerlukan bunga kantan dia no hal semua. Harga naik atau turun dia tetap dapat bekalan kantan itu. PERCUMA lagi tau! Hahahaha.

    Mana dia dapat?

    Dapat dari pokok kat rumah saya la. Jiran dia. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  9. segar nampak bunga kantan tu
    betullah kak, harga duia still gitu
    kalau saya taruk dalam asam pedas, pasti terangkat
    laksa tu buat saya lapar

    apapun selamat bercuti kak

    ReplyDelete
  10. Mahai jugak rega kantan tu ya..tempat saya 4 btng rm2..rasa mcm dah mahal sangat..
    Hari ni ke pasar...tak de pulak kangkung tu murah reganya..seringgit sikit jer..

    ReplyDelete
  11. Laksa sedap. Ubi kayu rebuih cicah nyoq. Pun sedap. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Merahnya kantan, biasa bunga kantan dipotong, ,entri di sini

    ReplyDelete
  13. Tempat saya sekuntum bunga kantan masih RM1, kat pasaraya 2 kuntum RM1.99 he heheh

    ReplyDelete
  14. rajin sungguh macam2 menu dia masak... selmt menjamu selera...

    ReplyDelete
  15. wah ! ubi kayu tu ... jeles deh .

    ReplyDelete
  16. Saya menjual BUNGA KANTAN MALAYSIA dari kebun saya sendiri secara pukal/borong kpd sesiapa yg berminat utk memborong atau beli utk kegunaan sendiri
    Sesuai utk pekedai restoran, pemborong di pasar, pengilang makanan & katering
    Harga murah dan kualiti bunga yg segar, cantik & besar
    Boleh lawati website www[a]bungakantan[a]com
    Lokasi di Hulu Langat, Cheras
    Utk tanya lebih lanjut whatsapp/sms 0183879434/0122740022 fazil

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails