Friday, September 26, 2014

Saya takda niat nak buat dia sedih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
26-09-2014


Kesibukan bukan lagi menjadi alasan untuk kita orang pompuan mengelak nak buat kerja rumah or lain-lain tanggungjawab. Bagi yang anak ramai, laagi la banyak benda nak kena buat.

Terbiasa dengan keluarga besar sejak kecil hingga dah tua bangka, saya adalah orang yang tidak pernah ‘kering tangan’ 24 jam sehari. Tolak time tido pengsan ngorok berdengkur dan waktu lepak berjimba.

Tekanan kerja dan tuntutan masa yang dirasakan sendat (kita jer rasa tak cukup masa tu, padahal masa tu sama jer dengan masa orang lain) membuatkan kita sesekali sesak nafas. Apatah lagi zaman canggih kita tidak boleh tidak terpaksa juga mewujudkan sedikit masa untuk melayan media sosial. Alahai... sapa ler yang tak guna tepon pintar zaman skang nih? Hampir setiap saat nak tengok hp.

But, kerana di tempat kija saya, ‘main hp’ adalah larangan, jadi peluang nak ngadap memang terhad sangat. Kekadang jer curik-curik intai. Ini bukanlah suatu yang salah or masalah, memang waktu kerja dimaksimumkan untuk kerja.

Lalu terasa dalam certain keadaan, saya jadi ketinggalan. Takpa. Cari makan.

Bak kata CHAK suatu malam tu (selepas dia tengok jam dinding dan mengadap Mak dia makan), “Lambatnya mak balik.” (jam 10.12 malam ketika itu)

Mak: “Apa nak buat. Mak kan cari makan.”

CHAK pandang saya macam kesian dan sedih. Dia jawab, “Okey.”... and go.

Saya takda niat pun nak buat dia sedih. Sungguh!

***

Tayang-tayang (sebab dah takda benda nak tayang):


Salad, cili merah, dan cili padi jenis merah: 3 barang sebakul begitu hanya RM3. Percaya dak? Alhamdulillah. Pasar Pudu terus menjadi pasar pujian (dan pujaan) saya.

Dan semakin hari semakin ramai pulak yang rajin nak kirim sayur dan barang mentah dari sana. Uishhh kalu saya ada van bergerak ni, mau saya bukak bonet jual sayur kampung depan opis!






 ~...pengalaman menjadi petani baru belajar membuatkan HISYAM pernah serik sejak kaki terpersok dalam lubang bekas tikus dek kerana geli geleman sehinggakan SERI BULAN rasa hendak mengejek kerana dia pernah jatuh ke lubang kubang kerbau tanduk keweh pun tidak pernah jeran malah ingin lagi pura-pura jatuh...~




15 comments:

  1. tengok bakul akak tu, teringat satu perkataan... LAKSA!

    ReplyDelete
  2. murahnya...tp kalau nk ke sana semata...terus xjadi murah,.. akak tolong beli van dah singgah puchong ye..huhu
    *pengorbanan...dulu2 sy slalu argue mak xkisahkan sy adik beradik....tapi bila dah besar cari duit sendiri baru tau...mak kerja cari duit..... :(

    ReplyDelete
  3. amboiii seksi sgt yg dlm bakul tu..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Azie..
    Demi mencari rezeki buat anak2...
    Besar ganjarannya dari kami yg duduk rumah ni....
    Bukak kedai bergerak laa Azie
    Sure maju...

    ReplyDelete
  5. Chaq dah matang. Dia mendalami apa yang tersirat. Dia ada interpretasi dia yang tersendiri....

    ReplyDelete
  6. Bukan sengaja untuk melambat-lambatkan masa balik ke rumah.
    Saya pun adakala rasa serba-salah kalau terlewat sampai ke rumah.. sebab ada ketika kita tak tahu keadaan jalanraya macam mana sesaknya.
    Moga anak2 terus sabar dengan keadaan kita.

    Kalau dekat saya pun nak kirim kat akak.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  7. Ada masanya duduk rumah sepenuh masa pun boring.
    Murahnya barang kat tempat azie.

    ReplyDelete
  8. Nak kirim jugak lah! Murah dan segarrr.

    Begitulah perjuangan hidup...takpela, kerja tu ibadat.

    ReplyDelete
  9. Cantik Kaler sayur tu nampak sogar bugar.

    ReplyDelete
  10. Kak Azie..cili padi merah tu pedas sangt..kan?/kalau saya buat masak tempoyak saya buh 2 biji je..kalau lebih memang berpeluh2 la jawab nya..kalau cili yang hijau kecik2 tu sampai tak rasa [edas langsung pulak..pahit je lebih..

    ReplyDelete
  11. Betul tu Kak Azie bagi kita mak-mak yang perlu bekerja masa menjadi sedikit sendat tambahan tempat kerja jauh dari rumah, ambik masa dok atas jalan.

    Harap anak-anak faham pengorbanan kita.

    Bila ada masa Aina akan bawak anak2 jalan dan makan2 wpun tak jalan jauh macam orang lain wpun hanya pi Putrajaya yang hanya 10 minit dari rumah sekurang-kurangnya itulah masa berkualiti bersama depa.

    ReplyDelete
  12. insha Allah chak faham ... betullah , buka boot kat depan ofis confirm banyak rm masuk .

    ReplyDelete
  13. eh... tayang sayur pulak... murah tu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails