Thursday, June 11, 2015

Memori Bali 06: Ikan Lumba-lumba di laut dalam...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
11-06-2015


Lamanya saya break sebelum menyambung semula entri Cuti-Cuti Bali.

Sampai saya sendiri sudah lupa dan kehilangan info.

Siri lawatan saya bermula pada hari seterusnya seawal jam 3:00am. Kami sudah dimaklumkan perjalanan harus bermula awal pagi untuk tiba di Pantai Lovina (dalam daerah Singaraja) pada ketika fajar menyinsing.

Singaraja merupakan bandar terbesar yang disebut mereka sebagai first capital of Bali. Berada di bahagian utara Bali, dan hampir semua pantainya berwarna hitam kerana larva dari volcano. Di sini popular dengan tanaman anggur hitam. Di bahagian selatan Bali, pantainya lebih bersih dan putih.


Sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Nasi lemak, bun dan air.


Menyambung tidor di dalam van yang selesa sehingga tiba waktu subuh. Singgah solat di masjid ini. Singaraja merupakan daerah paling ramai Muslim dan saya kira ini satu-satunya bandar yang ada banyak masjid.


Seperti dirancang kami tiba di Pantai Lovina kira-kira 6 pagi.

Sudah banyak bas pelancung dan kereta persendirian yang tiba serentak untuk aktiviti lawatan yang sama.



Kami menunggu giliran untuk menaiki bot (yang mulanya saya sangka bot besar dan laju berstereng seperti di Langkawi (Kilim Island) tetapi rupanya ianya hanyalah bot pancung yang panjang seperti kayak dengan seorang pemandu yang menjaga kemudi di belakang.


Maksimum 5 or 6 orang saja. Bila dah duduk dalam tu tiada ruang lagi untuk bergerak, jauh sekali untuk bersandar.



Sinar fajar memercikkan cahaya yang indah di dada laut. Betapa indahnya...


Perjalanan agak laju menuju ke tengah laut (Laut Jawa) kira-kira 2 jam. Ketika berada di tengah laut dan daratan hilang dari pandangan (melainkan laut semata) cuak juga dibuatnya...


Ada lebih 100 buah bot yang serupa untuk kegiatan ini. Menuju ke arah habitat ikan-ikan lumba-lumba.


Akhirnya... sekian lama ternanti-nanti dapat juga kami melihat dolphin bergerak di permukaan laut dan sesekali melompat tinggi. Cantik indah dengan alunan air laut yang terbentang luas itu... memberikan suatu pengalaman yang menakjubkan.


Kemudian kami menambah satu lagi siri lawatan, menuju ke Taman Air di mana kawasan habitat ikan laut cetek dan batu karang.


Lihat betapa jernihnya air laut sekitar kawasan taman air ini. Ikan-ikan kecil beratus-ratus ekor berenang-renang... kami diberi roti oleh pemandu bot (bayaran tambahan adalah RP150,000 utk kami berenam).

Ada ramai juga pelancong luar terutama orang putih yang terjun untuk skorkling, meninjau batu karang dan ikan-ikan kecil yang cantik tu.


Ikan berebut-rebut menangkap roti yang kami lepaskan di permukaan laut. Seronok melihat ikan cantik sebegitu. Betullah kata pakar, melihat ikan berenang boleh memberikan kelegaan dan ketenangan.



Anak-anak Bali yang tinggal di persekitaran Pantai Lovina. Berenang bermain walaupun di situ air lautnya agak hitam dan keruh.

Kami balik semua ke pantai menjelang 10 pagi. Agak meletihkan bila hanya duduk tegak dan matahari yang semakin terik memancar. Mujur juga saya bawa topi besar dari rumah.


Sungguh pun begitu saya tetap merasakan ini suatu pengalaman indah yang berbeza dari pengalaman jalan-jalan saya.


Kemudian singgah di salah satu rangkaian kompleks membeli-belah Krishna yang memang terkenal di Bali. Ada banyak sekali cawangan Krishna yang mana seribu macam jenis barangan cenderahati untuk dipilih dan diborong. Seronoknyaa!


Salah satu patung ukiran di hadapan kedai Krishna ini.


Suka-suka jer beli sepit rambut berbunga kemboja dan rantai batu warna warni. Nakkan tema Bali sangat. Hahahaha..baru lah Bali..!



 ~...sudah lama SERI BULAN tidak lagi gemar duduk berjuntai kaki di ambin Teratak Nyatuh seolah-olah menunggu HISYAM melintas petang, kerana serik pernah dijentik kaki oleh si kaki mengintai yang dia tidak pernah tahu apa nama panggilnya, dan atas nasihat HISYAM – yang dirasakannya seperti amaran cemburu – SERI BULAN terpaksa hanya duduk di jenang pintu tengah sambil menjengah-jengah...~




11 comments:

  1. Wah seronoknya dapat tengok ikan, bagi makan dan macam-macam lagi. Boleh pergi sekali ke Bali macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sila cuba lawat Bali. Sangat cantik wpun shopping tak sakan sangat. Utk berlibur cuti rehatkan mind, sangat sesuai.

      Delete
  2. Indahnya rasa bila berada di tengah laut.. sunburn pun sunburnlah janji puas hati. ;)

    ReplyDelete
  3. kak azie, bestnya dapat bagi makan ikan tu, terasa dia renang2 kat tgn kan, yg matahari naik tu pun best, cantikkk...subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kak Azie paling suka part matahari naik tu. Memang indah sekali... tak jemu memandang.

      Delete
  4. Replies
    1. Sebab itu Bali antara pulau peranginan tercantik di dunia.

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    pegi bali patutnya ada rambu ramba ikat kat pinggang joget2 tepian pantai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh dah macam Hawaii lak. Segan laa... hahaha

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails