Thursday, May 19, 2016

Redup Rimba Corner @ Tasik Cempaka Bangi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-05-2016


Ahad lepas, selepas balik dari walimatulurus di rumah sahabat lama, saya singgah menyertai program santai petang, Mencendol di Tasik Cempaka. Program agak mengejut bersama beberapa orang teman blogger lama. Lama kerana kami dah lama kenal sejak awal menjadi blogger, dan lama juga tidak berjumpa dalam program gathering.

Bagi saya yang pertama kali mencari Tasik Cempaka (walaupun ke Bandar Baru Bangi sendirian sudah beberapa kali), 2 kali memusing baru saya jumpa bangunan Pejabat Tanah yang menjadi landmark tempat cendol ini.


Sebenarnya Redup Rimba Corner ini sudah lama popular di kalangan kaki cendol. Sudah kerap melihat dan membaca ramai sekali kawan-kawan menayang gambar. Rupanya, tempatnya sangat mudah dicari, tepi jalan berhampiran Perpustakaan (juga dekat dgn Warta lama) dengan ruang parking keta agak luas dan memudahkan.


Mulanya kami duduk di padang terbuka di bawah pokok yang rendang kerana cuaca redup dan berangin, tetapi baru 5 minit, titis air mulai turun. Lalu semua pelanggan mencari tempat di ruang berbumbung. Bersebelahan dengan sungai dan tasik. Pemandangan memang sungguh cantik walaupun hujan lebat dan angin bertiup kencang.

Tetap kami ceria dan gembira walaupun Redup Rimba Corner hanya menjual Laksa dan Cendol sahaja. Jangan la nak order al carte benda lain pulak.


Laksa dihidang dalam mangkuk bertutup ala-ala mangkuk periuk tanah. Memang sedap. Betul sedap. Patut ramai orang makan dan bercerita tentang laksa nih.


Cendolnya. Pic cilok kawan saya punya.



Terimakasih rakan-rakan blogger sekalian terutama Mak Chaq yang menjadi penaja utama. Terimakasih kerana masa yang yang diluangkan.

Akan datang, kita gather lagi yer...




 ~...bukanlah pada ketika dulu saat di kota metropolitan HISYAM tidak pernah makan semeja dengan SERI BULAN, tetapi makan bersama di danau tepi sawah dengan diawasi Pak Utih dan Mak Utih yang sengaja menyibukkan diri di petak sebelah, perasaan teruja itu sangat berbeza sekali cuma, bangau putih sering mencuri perhatian dan awan larat yang bertelak indah itu juga yang menjadi topik perbualan...~




15 comments:

  1. Macam kat Kuala Kangsar pulak - ada cendol dan laksa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada suatu lagi pot kat area jalan lama dari Bangi ke Dengkil-Banting. Laksa Rimbun ker apa namanya. Pun femes gak...

      Delete
  2. Tak dak rezeki nak join petang tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan ada masa lain nanti. Kita gather gather lagi nanti yer

      Delete
  3. wow keren kelihatannya seru.. ooo iya kak kalau ingin tahu tentang cara membuat web yukk disini saja.. terimakasih

    ReplyDelete
  4. Sama-sama Azie.. terima kasih jugak sebab berusaha jugak datang walaupun sesat ke sana sini.. dan bagi peluang kat makchaq nak belanja... seronok dapat jumpa sesekali..
    Dlm hujan lebat guruh kilat berdentum.. sedap menikmati laksa & cendol.
    Sedap dan sangat murah pulak tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mujoq tak patah balik ke rumah.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    urang bangi pun belum singgah lagi sini huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next session, urang Bangi kene turun padang tauuu

      Delete
    2. Next session, urang Bangi kene turun padang tauuu

      Delete
  6. Sedapnya laksa....nasib dah makan hari ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa ni bil-bila makan pun sedap. Pagi petang siang malam...

      Delete
  7. Assalamualaikum azieazah,

    Menyelerakan betul tengok laksa & cendol special tu..
    Next time kalau pi Bangi harus cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam....

      Yup memang enak. Bagi saya sangat sedap lah. Makan tepi tasik plak tu. Nanti pegi la cari...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails