Tuesday, July 11, 2017

2018 ~ 01: Saya kembali, dengan langkah perlahan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
11-07-2017


Selepas mengira kembali, sudah 11 bulan lebih saya berehat dari blog.

Lupakan apa sahaja alasan saya. Saya pun sudah lupa.

Memulakan kembali sesuatu yang pernah menjadi rutin, ternyata masih sukar. Pun, saya mengharapkan segala perkara yang baik-baik seperti dulu, akan masih baik-baik. Segala komen, segala perhatian, dan segala silaturrahim yang pernah terjalin... diharap masih begitu.

Masih Syawal kita. Selamat Hari Raya, teman-teman.

Semoga Raya anda sekalian, indah dan bahagia. Lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Kisah Raya saya? Terlalu panjang untuk ditulis dalam entri pengenalan ini.


Gambar kenangan Raya 2017 saya bersama rakan-rakan zaman sejak 1980 lagi. Mereka yang sejak awal remaja, sudah mengenali saya, siapa saya, memahami saya, menyakati saya (termasuk menyakiti hati saya...hehehe), malah juga ada yang berani cuba menyintai saya. Hikhikhik!

Setiap tahun, ternyata hanya Hari Raya yang menjadi hari terbaik untuk berkumpul ramai sebegini.

InsyaAllah, selepas ini semangat menulis diharap terus menjalar baik, merebak menjadi ketagihan yang indah. Ahaks!

Ada yang rindu sama saya kah? Cewahhh!



 ~...HISYAM, bila sahaja SERI BULAN bersuara tentang sebuah impian, bukan dia ingin menyokong malah sudah pandai berbohong pun begitu SERI BULAN sudah lali dan mengerti HISYAM itu pasti akan berpatah balik mencarinya demi sepinggan tapai dan secawan nira...~




4 comments:

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails